telagabiru...

Kepada sahabat yang ingin menambah ilmu pada bulan Ramadan yang bakal menjelma menerusi buku dan bahan bacaan lain, Telaga Biru ada membuat promosi jualan dengan memberi diskaun-diskaun yang dijangka dapat menjimatkan bajet Ramadan anda kali ini. So, jangan lupa klik gambar kat atas tau! :)
telagabiru...

Speedtest

Saya dah cuba, keputusan saya tak lah bagus sangat.

Saya menaip 279 aksara seminit

Saya mendapat 44 perkataan betul dan

Saya mendapat 0 perkataan salah

Saya mencapai 232 markah, jadi saya berada di posisi 270 dari 3306 dalam senarai kedudukan

telagabiru...
DIKEHENDAKI SEGERA!
.
SENIOR GRAPHIC DESIGNER- 2 KEKOSONGAN
Kelayakan:
1. Ijazah atau Diploma dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
2. Berpengetahuan dalam Adobe Photoshop, Ilustrator dan Indesign. Pengetahuan dalam INDESIGN ME (Middle Eastern) adalah diberi keutamaan.
3. Berpengalaman dalam penghasilan bahan penerbitan berbentuk “Concept book”dan kreatif.
4. Mampu menyelesaikan kerja dalam tempoh terhad di bawah seliaan yang minimum.
5. Calon yang memiliki pengalaman adalah diutamakan.
6. Mampu menghasilkan layout buku dan menterjemahkan teks kepada info grafik.
7. Aktif dalam memberi idea baru dalam penerbitan buku.
.
SENIOR GRAPHIC DESIGNER (J-QAF)-1 KEKOSONGAN
Kelayakan:
1. Ijazah atau Diploma dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
2. Berpengetahuan dalam Indesign. Pengetahuan dalam INDESIGN ME (Middle Eastern) dan cekap menaip Jawi adalah diberi keutamaan.
3. Calon yang memiliki pengalaman dalam bidang design adalah diutamakan.
4. Mampu menyelesaikan kerja dalam tempoh terhad dibawah seliaan yang minimum.
.
SUPERVISOR STORE-1 KEKOSONGAN
Kelayakan
1. Mempunyai sekurang – kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Berkebolehan menggunakan Komputer.
3. Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pengendalian store, produk dan pekerja-pekerja.
4. Terbuka kepada lelaki sahaja
.
‘WALK IN INTERVIEW’
Hari: Selasa & Khamis
Waktu: 10 Pagi-12 Tengahari & 2.30 Petang-4 Petang
Sila hubungi (03) 62754070/(03)62768057 (Pn Mariana atau Pn Nadirah) www.telagabiru.net.my
mariana@telagabiru.net.my
nadirah@telagabiru.net.my
telagabiru...
Pengumuman semua, pada tahun ini, Telaga Biru TIDAK MENYERTAI pesta buku tetapi mewakilkan jualan kami kepada EZ BIZ.NET (Booth e1 dan e2) & KOPRESS (Booth c11-c18). Kepada anda yang ingin mendapatkan produk2 Telaga biru dan SOLUSI, anda dialu-alukan ke booth2 yg dinyatakan di atas... TQ...
telagabiru...
Alhamdulillah, pihak pengurusan Telaga Biru telah bersetuju untuk mencetak semula SOLUSI ISU PERDANA (SOLUSI isu 1 dipanggil SOLUSI ISU PERDANA) bertajuk "Kerana Rezeki Masuk Neraka" sebanyak 35,000 salinan untuk memenuhi permintaan pembaca. InsyaAllah, anda boleh mendapatinya di Pesta Buku KL nanti (di booth-booth syarikat yang menjadi wakil jualan Telaga Biru kerana pada tahun ini Telaga Biru tidak menyertai Pesta Buku secara direct). Ia juga akan diedarkan di kedai-kedai yang menjual SOLUSI dan produk-produk Telaga Biru. Semoga anda yang masih belum mendapatkan SOLUSI isu perdana ini dapat membelinya di Pesta Buku nanti atau di kedai-kedai yang ada menjual SOLUSI...
.
Bagaimana pula dengan isu-isu lain SOLUSI yang sudah kehabisan stok? Jangan risau, isu-isu tersebut akan turut dicetak dan diedarkan pada pertengahan setiap bulan. Dalam erti kata lain, SOLUSI akan (seakan-akan) diedarkan 2 isu sebulan, yakni pada setiap akhir bulan (untuk isu baru) dan pada tertengahan bulan (untuk isu lama yang dicetak semula mengikut turutan isu).
.
Kesimpulan:
1. Telaga Biru TIDAK MENYERTAI PESTA BUKU (KLIBF2010) pada tahun ini sebaliknya akan diwakili oleh syarikat-syarikat tertentu yang akan dimaklumkan nanti.
2. Hanya SOLUSI isu PERDANA sahaja akan diedarkan di pesta buku nanti. Harganya, kemungkinan kekal dengan harga biasa (RM9.00). Perkara ini akan dimaklumkan nanti.
3. SOLUSI isu lain yang sudah kehabisan stok TIDAK DIJUAL di pesta buku nanti, KECUALI sekiranya wakil jualan kami masih mempunyai stok-stok tersebut dalam simpanan mereka.
4. SOLUSI isu lepas yang masih ada dalam simpanan kami (stok masih belum habis) akan dijual di pesta buku tersebut dalam kuantiti yang terhad kerana jumlahnya yang sedikit di gudang kami.
5. Untuk maklumat mengenai isu-isu yang sudah tiada stok, anda boleh rujuk di http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/2009/11/ingin-mendapatkan-isu-majalah-solusi.html
.
Alhamdulillah, ini adalah berkat anda yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada SOLUSI dan juga produk-produk Telaga Biru yang lain. InsyaAllah, kami di sini akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik bagi membalas jasa-jasa kalian. Tanpa anda, SOLUSI tidak akan mampu berdiri dalam dunia media yang dikuasai oleh unsur-unsur yang mungkar berbanding perkara-perkara yang mengajak kita kembali kepada fitrah yang sebenar yakni ISLAM. Doakan kami ya! :)
telagabiru...
InsyaAllah, Stormreaders akan secara rasmi dilancarkan di Penang pada 6 Mac 2010 (Sabtu) ini bertempat di Kompleks Yayasan Budi Penyayang, Kepala Batas. Majlis akan bermula jam 2.00 petang.
Jadi kepada StormWarriors yang berada di utara, jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai marketing plan di samping penerangan panjang lebar dari Ustaz Zahazan Mohamed berkaitan syariah dalam Stormreaders.
.
Aturcara program:
9.00am - 1.00pm - Penerangan Mengenai Marketing Plan (3 sessi keseluruhannya)
2.00pm - Persediaan majlis pelancaran @ ketibaan para tetamu
3.00pm - Bacaan doa
3.05pm - Ucapan perasmian oleh Pengerusi Ukhwah, Dato' Mustafa Kamal
3.30pm - Gimik pelancaran
3.45pm - Ucapan MD Stormreaders, Hj Waharp Yusoff
4.00pm - Penerangan Syariah oleh Ustaz Zahazan Mohamed
5.00pm - Majlis perasmian berakhir dan sesi pendaftaran ahli bermula
.
Masuk adalah percuma!
telagabiru...
Bagi anda yang dahagakan santapan rohani, sila layari medium interaksi Telaga Biru yang terbaru iaitu
Radio Online Telaga Biru di
pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
.
p/s: Anda perlu sekurang-kurangnya memiliki perisian Real Player @ Winamp @ iTune
Dengarkan segera. Moga usaha yang tidak seberapa ini diberkati Allah SWT seterusnya memeriahkan lagi industri media Islam.